Buscar

Páginas

Hey, the card is cute and that people too!

I know the title is in English but still I do want to write in Malay because I am a Malaysian :)..tetibe..pfftt..
Okay, let's get back to our topic...

Telah ditakdirkan Allah pada 29 March 2013, kitorang dapat berkumpul meninggalkan kerja2 yang ada untuk satu program yang kitorang jugak anjurkan sendiri,maklumlah tak cukup bajet.heh.

MABIT..Ye,itulah program yang kitorang buat sendiri tu. Tau ke MABIT tu ape? Jika tidak tahu,silalah tanya pakcik google sekarang. Oohh,malas nak cari? Tidak mengapa, biar kurungkaikan maksudnya..chewaahh..

MABIT adalah Malam Bina Iman dan Takwa. Jika salah sila shout kat bawah..hee..Dengan takdir Allah, dapat kami sama2 berkumpul di rumah akhawat ni dan juga dapat menyediakan makan malam yang sumpah osem lagi menyihatkan iaitu nasi minyak, ayam masak merah dan jelatah/acar. ala2 lauk kenduri gitu ;)

-gambar hiasan semata-
Usai masak memasak dan menjamah hingga menjilat jari, kami teruskan perencanaan malam itu dengan beristighfar, membetulkan niat dan tujuan sebenar kehadiran jasad dan roh kami di malam hari itu. Tema MABIT kami malam itu berkisarkan tentang cinta. Secara fitrahnya, semua orang suka akan cinta. Manis sangat cinta itu dan hanya orang yang bercinta akan memahami apa itu cinta.ehemm..

Cinta yang dibawa malam itu ialah cinta pada Allah oleh hamba-Nya. Siapa hamba Dia? Kita la tu kan. Haa, kitorang cuba kupas bagaimana nak menggapai cinta Ilahi, cinta yang sepatutnya dicari selama ini sebab kadang2 kita obses dengan dunia ni sampai meletakkan cinta selain Dia mendahului Pencipta kita. Tapi adakah kita dah benar2 meletakkan Allah cinta utama kita? atau sekadar dimulut semata? Do You Truly Love Allah?

Taubat merupakan salah satu jalan untuk mendekatkan diri kita pada Allah. Orang yang dah rasa baik tak semestinya tak perlu bertaubat, orang yang dah bertaubat pulak tidak sekali2 menganggap dia tak perlu bertaubat lagi dan bagi orang yang melakukan dosa inilah jalan terbaik untuk memohon keampunan Allah kerana sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun A story of Great Repentance

Disebabkan masa tak mengizinkan, mata kami ditarik2 untuk tutup. Masa untuk tidur. Kami bangun esoknya dengan izin Allah, bangun untuk menghidupkan malam dimana Allah turun ke langit mendengar permintaan dan rintihan hamba2-Nya.

Kami sambung dengan cinta Allah kepada hamba-Nya. Suka nak sharekan quote dari buku Hati Sebening Mata Air karya Amru Khalid (sila dapatkan di pasaran berdekatan..sumpah osem!) iaitu "Tidak aneh hamba yang mencintai tuannya, tetapi sungguh amat aneh tuan yang mencintai hambanya" dan video ini Allah's Unparalleled Love

MABIT ini kami tutup dengan dedikasi wishing cards to each other. Sangat sweet kan? heh..
-ni kad saya..hehe-
Sekian untuk kali ini. Moga bermanfaat untuk diri dan orang lain =)




0 comments:

Post a Comment